Copyright © Tamadun Islam & Tamadun Asia
Design by Dzignine
Saturday, July 21, 2012

Pendapat Sarjana Islam dan Barat mengenai tamadun

Post yang lepas kita telah membincangkan tentang Tamadun Dari Segi Bahasa.
Kali ini kami kupaskan pula pendapat para sarjana Islam dan Barat mengenai tamadun…


SARJANA ISLAM

IBN KHALDUN
- kemuncak pembangunan yang berkait dengan
peningkatan kemewahan,keindahan suasana dan minat kepada
pelbagai aspek industri.
- popular dengan istilah umran-hadarah

RASYID RIDHA
- agama asas tamadun dengan unsur spiritual
sebagai tonggak

SAID HAWA
- terbahagi dua, Islam dan Jahiliyah

SAYYID QUTB
- kemajuan berteraskan syariat Allah SWT
bercirikan nilai moral Islam

ABU NASIR AL-FARABI
- telah memperkenalkan istilah al-Madaniyah dalam abad ke-11 Masihi dalam kitabnya as-Siyasah al-Madaniyah. 
- diambil daripada akar kata Madinah iaitu negara Islam pertama yang diasaskan oleh Rasulullah s.a.w. - Madaniyah yang digambarkan oleh al-Farabi ialah pencapaian umat Islam di kota yang berasaskan wahyu iaitu akidah, syariat dan akhlak.

SARJANA BARAT

Darcy Riberio
- dalam bukunya The Civilization Process berpendapat bahawa tamadun mempunyai kaitan yang rapat sekali dengan perbandaran.

Clive Bell
- dalam bukunya Civilization and Old Finds menjelaskan bahawa tamadun merupakan satu kriteria masyarakat. Hal ini bererti bahawa tamadun merupakan kata ukur yang dapat menyukat atau menentukan tahap pencapaian sesuatu tamadun.

Karl Wittfogel
- dalam bukunya Approaches to Asian Civilization mendefinisikan tamadun sebagai ciri kebudayaan secara keseluruhan daripada sesuatu negara.

Toynbee
- sistem masyarakat yang dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaran atau produktiviti dan mempunyai empat elemen, ekonomi,politik,pengetahuan dan seni

0 comments:

Post a Comment