Copyright © Tamadun Islam & Tamadun Asia
Design by Dzignine
Thursday, August 30, 2012

"Oppan Gangnam Style " Fenomena Atau Bencana?


Assalamualaikum, alhamdulillah, baru sahaja masuk tarikh keramat 31 Ogos tahun ini. Hari Kebangsaan. Pastinya kita rakyat Malaysia berkobar-kobar menyambutnya. Justeru itu, KAMI ingin sekali mengucapkan Selamat Hari Merdeka yang ke-55! Merdeka! Merdeka! Merdeka! 

Post yang ingin KAMI siarkan agak sedikit berat. Tetapi ini bertujuan untuk mencetuskan pemikiran kritis anda tentang situasi yang berlaku di sekeliling kita.

Videoklip pop dari Korea Selatan, Oppan Gangnam Style,  berjaya hit di pasaran dunia. Sekaligus menjadi siulan remaja-remaja masa kini. 

Namun terdapat percanggahan di antara masyarakat dunia mengenai fenomena ini. Majoriti menolak sebulat-bulatnya videoklip ini, dan majoriti lainnya tidak menolak malahan ada yang sudah menghafal lirik lagu serta tariannya!

Di sini diselitkan juga videoklip Oppan Gangnam Style. Anda yang menentukan. Renung-renungkan :)



video



Sekian.
Wednesday, August 29, 2012

Episod Terakhir Doraemon

Assalamualaikum, sebut sahaja Doraemon, pasti anda terkenang dan teringat kembali siri kartun yang suatu ketika dahulu menjadi fenomena di kalangan kita sewaktu kecil. Sehingga ada di antara kita yang mahukan Doraemon hadir membantu kita di waktu kesusahan (termasuk admin :p)

Sedikit sinopsis siri ini, Doraemon ialah sebuah robot kucing dari abad ke-22 telah pergi ke abad ke-20 untuk membantu Nobita, seorang pelajar sekolah rendah yang lemah dari segala aspek. Dengan alat-alat dari masa hadapan, Doraemon telah membantu Nobita untuk menghadapi kehidupan sehariannya yang penuh masalah.

Di sini KAMI sertakan episod terakhir Doraemon. Selamat menonton :)

video

p/s: Apa-apa pun ini cuma anggaran dari artis lain. Siri Doraemon tidak ada penamat kerana pelukis asalnya, Fujio F. Fujiko, telah meninggal dunia sebelum siri ini sempat dihabiskan.
Tuesday, August 28, 2012

5 Pulau Tebesar Di Malaysia

Assalamualaikum, maaf sebab KAMI dah lama tak update blog ni. Maklumlah masing-masing sibuk cuti raya. Apa-apa pun, KAMI ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin... Kepada anda yang teringin bercuti di dalam negara, KAMI cadangkan 5 pulau terbesar di Malaysia untuk anda lawati. 


1. PULAU BANGGI - SABAH




  • Merupakan pulau terbesar di Malaysia.
  • Terletak di bahagian Kudat dan mempunyai kawasan seluas 440.7 kilometer persegi
  • Penginapan yang disediakan murah dan mudah didapati.  
  • Panorama alam yang memukau sesiapa yang memandang. 


2. PULAU BRUIT - SARAWAK




  • Pulau kedua terbesar di Malaysia dan terletak di negeri Sarawak.
  • Mempunyai Sungai Rajang, yang juga sungai terpanjang di Malaysia.
  • Pulau ini terkenal dengan aktiviti tangkapan laut dan pertanian serta banyak ladang kelapa sawit ditanam di pulau ini.


3. PULAU LANGKAWI - KEDAH





  • Pulau ini dikenali sebagai pulau bebas cukai.
  • Jarak ke Tanah Besar adalah sejauh 30 kilometer.
  • Pulau ini sebahagian daripada negeri Kedah.
  • Pulau yang kaya dengan keindahan semulajadi dan lagenda masa silam.
  • Tampil sebagai salah satu daripada destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia.



4. PULAU PINANG - PULAU PINANG







  • Dikenali dengan nama Pulau Mutiara.
  • Pulau dengan populasi terpadat di Malaysia.
  •  Dipisahkan diantara Negeri Kedah di sebelah Utara dan Timur, Negeri Perak di sebelah Selatan dan Perairan Selat Melaka dan Sumatera (Indonesia) di sebelah Barat.
  • Pulau Pinang terdiri daripada bahagian pulau dan juga tanah besar yang dikenali sebagai Seberang Perai. 
  • Keluasan kawasan pulau adalah 285 km2 yang terpisah sepenuhnya daripada Seberang Perai.
  • Kedua-dua bahagian dihubungkan dengan perkhidmatan feri dan Jambatan Pulau Pinang yang panjangnya 13.5 km.


5. PULAU LAYANG-LAYANG - SABAH






  • Pulau Layang-Layang terletak 165 batu nautika dari barat laut Kota Kinabalu (dalam lingkungan 200 km zon eksklusif) di Laut China Selatan. 
  • Pulau ini timbul hampir 2000 meter dari dasar laut. Berukuran sepanjang 1.2 km dan selebar 200 meter. 
  • Pulau berbentuk bujur ini amat menarik dengan pelbagai pemandangan dasar laut yang mengagumkan, kepelbagaian batu karang dan ikan terumbu, termasuk haiwan laut dalam  yang menjadi daya tarikan kepada para penyelam.
Saturday, August 18, 2012

Asal Usul Kuala Lumpur

Assalamualaikum, untuk ruangan kali ini KAMI ingin bercerita sedikit mengenai asal usul Kuala Lumpur.
            Tahukah anda siapa tokoh besar yang telah menyumbang kepada kepesatan Kuala Lumpur pada akhir abad ke-19 dahulu? Tokoh yang disebut-sebut tidak lain dan tidak bukan Haji Abdullah Hukum, seorang pedagang dari Kerinchi, Sumatera.