Copyright © Tamadun Islam & Tamadun Asia
Design by Dzignine
Monday, September 10, 2012

Rahsia Terbesar Lelaki

Assalamualaikum, pena menari mengikut rentak irama hati, menyampaikan segala yang terpendam, menyampaikan segala yang terperosok di benak. Judul yang paling sensasi dan paling pedas : "Rahsia Terbesar Lelaki" bakal dihurai satu per satu. 





(1) Cerita xxx- Kajian yang dilakukan, hampir kesemua lelaki pernah menonton cerita xxx secara langsung atau tidak langsung. Ini adalah kerana keinginan seks lelaki lebih tinggi daripada wanita.


(2) Lelaki adalah pengintip!- Lelaki akan cuba untuk mendapatkan maklumat peribadi wanita yang digemarinya dengan cara mengintip tidak kira samada mereka sudah berpasangan atau tidak. Sudah menjadi perkara wajib bagi kebanyakan lelaki.


(3) Lelaki sukar menolak peluang- Sekiranya ada wanita lain yang cuba menggoda seorang lelaki, tambahan pula wanita tersebut mempunyai wajah yang menarik dan ciri wanita idaman, agak sukar untuk lelaki menolak pelawaan mereka. Ini menyebabkan lelaki akan melayan wanita tersebut.


(4) Lelaki mudah bosan- Kebiasaannya, lelaki akan bersifat seromantik mungkin pada permulaan hubungan. Tetapi apabila hubungan telah menjangkau usia lebih dari setahun, sifat romantik akan terhakis sedikit demi sedikit.


(5) Penggoda adalah sifat lelaki- Tidak bermakna sekiranya seseorang lelaki tersebut sudah mempunyai pasangan, mereka akan berhenti daripada cuba menggoda wanita lain.

p/s : Terpulang kepada budi bicara kalian untuk menerima atau menolak. Tujuan KAMI sekadar ingin berkongsi, namun terus terang KAMI katakan, bukan semua yang disenaraikan di atas itu betul dan terdapat banyak lagi rahsia besar lelaki yang kebanyakan perempuan tidak tahu :)

Sekian.

3 comments: