Assalamualaikum, pada ruangan lepas, KAMI telah menghurai Rahsia Terbesar Lelaki. Agak berat sebelah sekiranya diketengahkan sebelah pihak sahaja. Jadi kali ini KAMI bongkarkan Rahsia Terbesar Wanita pula.
1. Bila dia tidak hiraukan kamu setelah kamu hatinya disakiti, lebih baik diberikan waktu untuknya menenangkan hati sebelum menegur dengan ucapan maaf.
2. Jika sorang perempuan jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang dengan lelaki lain.
3. Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!
4. Perempuan memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.
5. Perempuan suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
6. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
7. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya sedang diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telepon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebenarnya dia akan gembira yang teramat sangat.
8. Jika kamu menyukai sorang perempuan, mulailah dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalmu lebih dalam.
9. Jika seorang perempuan memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia kerana dia memang tak berminat denganmu.
10. Jangan sesekali meneka apa yang dirasakannya.
11. Kalau kamu masih mencari-cari cara yang paling romantis untuk memikat hati sorang gadis, bacalah buku buku cinta.
12. Satu ucapan 'Hi' saja sudah cukup menceriakan harinya.
13. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
14. Perempuan paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata untuk mengorat kawan mereka yang paling cantik.
15. Semua perempuan menginginkan seorang lelaki yang mencintainya dengan sepenuh hati..
16.Senjata perempuan adalah airmata!!
17.Perempuan suka jika sesekali orang yang disayanginya memberi surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kata-kata romantik).
18.Perempuan mudah jatuh hati pada lelaki yang prihatin dan baik terhadapnya.
p/s: Banyak lagi sebenarnya, tapi tak larat nak senaraikan. :)
Monday, September 10, 2012
Rahsia Terbesar Lelaki
Assalamualaikum, pena menari mengikut rentak irama hati, menyampaikan segala yang terpendam, menyampaikan segala yang terperosok di benak. Judul yang paling sensasi dan paling pedas : "Rahsia Terbesar Lelaki" bakal dihurai satu per satu.
(1) Cerita xxx- Kajian yang dilakukan, hampir kesemua lelaki pernah menonton cerita xxx secara langsung atau tidak langsung. Ini adalah kerana keinginan seks lelaki lebih tinggi daripada wanita.
(2) Lelaki adalah pengintip!- Lelaki akan cuba untuk mendapatkan maklumat peribadi wanita yang digemarinya dengan cara mengintip tidak kira samada mereka sudah berpasangan atau tidak. Sudah menjadi perkara wajib bagi kebanyakan lelaki.
(3) Lelaki sukar menolak peluang- Sekiranya ada wanita lain yang cuba menggoda seorang lelaki, tambahan pula wanita tersebut mempunyai wajah yang menarik dan ciri wanita idaman, agak sukar untuk lelaki menolak pelawaan mereka. Ini menyebabkan lelaki akan melayan wanita tersebut.
(4) Lelaki mudah bosan- Kebiasaannya, lelaki akan bersifat seromantik mungkin pada permulaan hubungan. Tetapi apabila hubungan telah menjangkau usia lebih dari setahun, sifat romantik akan terhakis sedikit demi sedikit.
(5) Penggoda adalah sifat lelaki- Tidak bermakna sekiranya seseorang lelaki tersebut sudah mempunyai pasangan, mereka akan berhenti daripada cuba menggoda wanita lain.
p/s : Terpulang kepada budi bicara kalian untuk menerima atau menolak. Tujuan KAMI sekadar ingin berkongsi, namun terus terang KAMI katakan, bukan semua yang disenaraikan di atas itu betul dan terdapat banyak lagi rahsia besar lelaki yang kebanyakan perempuan tidak tahu :)
Sekian.