Assalamualaikum rakan-rakan, alhamdulillah. Pada kali ini, kami ingin berkongsikan apa yang kami tahu dan kami perolehi, namun terpulang kepada diri anda sendiri untuk menerima ataupun menolaknya.
Sekian lama, kita telah diajar, dan dididik, sejak dari dalam perut sehingga kini, bangsa melayu ialah bangsa yang telah TEWAS kepada bangsa-bangsa BARAT disebabkan peralatan perang yang digunakan oleh pendatang barat jauh lebih maju dan moden jika dibandingkan dengan peralatan perang bangsa melayu yang begitu lemah seperti keris, tombak, sumpit dan lain-lain.
Tetapi, benarkah apa yang telah kita terima selama ini? dan benarkah bangsa MELAYU yang suatu ketika dahulu dikenali sebagai salah satu kuasa besar dunia dan pengaruhnya meliputi hampir seluruh asia tenggara, hanya menggunakan keris, tombak dan sumpit untuk menakluk wilayah-wilayah tersebut?
Atau, adakah terdapat fakta-fakta lain yang "terpaksa" disembunyikan demi menjaga kepentingan pihak tertentu? Bukan niat saya untuk menuduh, tetapi pelbagai kemusykilan dan keanehan yang telah kami dengar dan terima telah menyebabkan kami untuk berfikir secara rasional untuk mengkaji kemungkinan sebenar yang berlaku lebih 500 tahun yang lampau.
Maaf sekiranya terdapat segelintir pihak yang tidak senang dengan isu yang kami ketengahkan, tetapi kami berpegang kepada pepatah melayu, Berani kerana benar, takut kerana salah.
0 comments:
Post a Comment