1. PULAU BANGGI - SABAH
- Merupakan pulau terbesar di Malaysia.
- Terletak di bahagian Kudat dan mempunyai kawasan seluas 440.7 kilometer persegi.
- Penginapan yang disediakan murah dan mudah didapati.
- Panorama alam yang memukau sesiapa yang memandang.
2. PULAU BRUIT - SARAWAK
- Pulau kedua terbesar di Malaysia dan terletak di negeri Sarawak.
- Mempunyai Sungai Rajang, yang juga sungai terpanjang di Malaysia.
- Pulau ini terkenal dengan aktiviti tangkapan laut dan pertanian serta banyak ladang kelapa sawit ditanam di pulau ini.
3. PULAU LANGKAWI - KEDAH
- Pulau ini dikenali sebagai pulau bebas cukai.
- Jarak ke Tanah Besar adalah sejauh 30 kilometer.
- Pulau ini sebahagian daripada negeri Kedah.
- Pulau yang kaya dengan keindahan semulajadi dan lagenda masa silam.
- Tampil sebagai salah satu daripada destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia.
4. PULAU PINANG - PULAU PINANG
- Dikenali dengan nama Pulau Mutiara.
- Pulau dengan populasi terpadat di Malaysia.
- Dipisahkan diantara Negeri Kedah di sebelah Utara dan Timur, Negeri Perak di sebelah Selatan dan Perairan Selat Melaka dan Sumatera (Indonesia) di sebelah Barat.
- Pulau Pinang terdiri daripada bahagian pulau dan juga tanah besar yang dikenali sebagai Seberang Perai.
- Keluasan kawasan pulau adalah 285 km2 yang terpisah sepenuhnya daripada Seberang Perai.
- Kedua-dua bahagian dihubungkan dengan perkhidmatan feri dan Jambatan Pulau Pinang yang panjangnya 13.5 km.
5. PULAU LAYANG-LAYANG - SABAH
- Pulau Layang-Layang terletak 165 batu nautika dari barat laut Kota Kinabalu (dalam lingkungan 200 km zon eksklusif) di Laut China Selatan.
- Pulau ini timbul hampir 2000 meter dari dasar laut. Berukuran sepanjang 1.2 km dan selebar 200 meter.
- Pulau berbentuk bujur ini amat menarik dengan pelbagai pemandangan dasar laut yang mengagumkan, kepelbagaian batu karang dan ikan terumbu, termasuk haiwan laut dalam yang menjadi daya tarikan kepada para penyelam.
0 comments:
Post a Comment