Copyright © Tamadun Islam & Tamadun Asia
Design by Dzignine
Tuesday, September 11, 2012

Rahsia Terbesar Wanita

Assalamualaikum, pada ruangan lepas, KAMI telah menghurai Rahsia Terbesar Lelaki. Agak berat sebelah sekiranya diketengahkan sebelah pihak sahaja. Jadi kali ini KAMI bongkarkan Rahsia Terbesar Wanita pula.



1. Bila dia tidak hiraukan kamu setelah kamu hatinya disakiti, lebih baik diberikan waktu untuknya menenangkan hati sebelum menegur dengan ucapan maaf.


2. Jika sorang perempuan jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang dengan lelaki lain.


3. Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!


4. Perempuan memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.


5. Perempuan suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.


6. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.


7. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya sedang diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telepon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebenarnya dia akan gembira yang teramat sangat.


8. Jika kamu menyukai sorang perempuan, mulailah dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalmu lebih dalam.


9. Jika seorang perempuan memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia kerana dia memang tak berminat denganmu.


10. Jangan sesekali meneka apa yang dirasakannya.


11. Kalau kamu masih mencari-cari cara yang paling romantis untuk memikat hati sorang gadis, bacalah buku buku cinta.


12. Satu ucapan 'Hi' saja sudah cukup menceriakan harinya.


13. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.


14. Perempuan paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata untuk mengorat kawan mereka yang paling cantik.


15. Semua perempuan menginginkan seorang lelaki yang mencintainya dengan sepenuh hati..


16.Senjata perempuan adalah airmata!!


17.Perempuan suka jika sesekali orang yang disayanginya memberi surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kata-kata romantik).


18.Perempuan mudah jatuh hati pada lelaki yang prihatin dan baik terhadapnya.

p/s: Banyak lagi sebenarnya, tapi tak larat nak senaraikan. :)
Monday, September 10, 2012

Rahsia Terbesar Lelaki

Assalamualaikum, pena menari mengikut rentak irama hati, menyampaikan segala yang terpendam, menyampaikan segala yang terperosok di benak. Judul yang paling sensasi dan paling pedas : "Rahsia Terbesar Lelaki" bakal dihurai satu per satu. 





(1) Cerita xxx- Kajian yang dilakukan, hampir kesemua lelaki pernah menonton cerita xxx secara langsung atau tidak langsung. Ini adalah kerana keinginan seks lelaki lebih tinggi daripada wanita.


(2) Lelaki adalah pengintip!- Lelaki akan cuba untuk mendapatkan maklumat peribadi wanita yang digemarinya dengan cara mengintip tidak kira samada mereka sudah berpasangan atau tidak. Sudah menjadi perkara wajib bagi kebanyakan lelaki.


(3) Lelaki sukar menolak peluang- Sekiranya ada wanita lain yang cuba menggoda seorang lelaki, tambahan pula wanita tersebut mempunyai wajah yang menarik dan ciri wanita idaman, agak sukar untuk lelaki menolak pelawaan mereka. Ini menyebabkan lelaki akan melayan wanita tersebut.


(4) Lelaki mudah bosan- Kebiasaannya, lelaki akan bersifat seromantik mungkin pada permulaan hubungan. Tetapi apabila hubungan telah menjangkau usia lebih dari setahun, sifat romantik akan terhakis sedikit demi sedikit.


(5) Penggoda adalah sifat lelaki- Tidak bermakna sekiranya seseorang lelaki tersebut sudah mempunyai pasangan, mereka akan berhenti daripada cuba menggoda wanita lain.

p/s : Terpulang kepada budi bicara kalian untuk menerima atau menolak. Tujuan KAMI sekadar ingin berkongsi, namun terus terang KAMI katakan, bukan semua yang disenaraikan di atas itu betul dan terdapat banyak lagi rahsia besar lelaki yang kebanyakan perempuan tidak tahu :)

Sekian.
Thursday, August 30, 2012

"Oppan Gangnam Style " Fenomena Atau Bencana?


Assalamualaikum, alhamdulillah, baru sahaja masuk tarikh keramat 31 Ogos tahun ini. Hari Kebangsaan. Pastinya kita rakyat Malaysia berkobar-kobar menyambutnya. Justeru itu, KAMI ingin sekali mengucapkan Selamat Hari Merdeka yang ke-55! Merdeka! Merdeka! Merdeka! 

Post yang ingin KAMI siarkan agak sedikit berat. Tetapi ini bertujuan untuk mencetuskan pemikiran kritis anda tentang situasi yang berlaku di sekeliling kita.

Videoklip pop dari Korea Selatan, Oppan Gangnam Style,  berjaya hit di pasaran dunia. Sekaligus menjadi siulan remaja-remaja masa kini. 

Namun terdapat percanggahan di antara masyarakat dunia mengenai fenomena ini. Majoriti menolak sebulat-bulatnya videoklip ini, dan majoriti lainnya tidak menolak malahan ada yang sudah menghafal lirik lagu serta tariannya!

Di sini diselitkan juga videoklip Oppan Gangnam Style. Anda yang menentukan. Renung-renungkan :)



video



Sekian.
Wednesday, August 29, 2012

Episod Terakhir Doraemon

Assalamualaikum, sebut sahaja Doraemon, pasti anda terkenang dan teringat kembali siri kartun yang suatu ketika dahulu menjadi fenomena di kalangan kita sewaktu kecil. Sehingga ada di antara kita yang mahukan Doraemon hadir membantu kita di waktu kesusahan (termasuk admin :p)

Sedikit sinopsis siri ini, Doraemon ialah sebuah robot kucing dari abad ke-22 telah pergi ke abad ke-20 untuk membantu Nobita, seorang pelajar sekolah rendah yang lemah dari segala aspek. Dengan alat-alat dari masa hadapan, Doraemon telah membantu Nobita untuk menghadapi kehidupan sehariannya yang penuh masalah.

Di sini KAMI sertakan episod terakhir Doraemon. Selamat menonton :)

video

p/s: Apa-apa pun ini cuma anggaran dari artis lain. Siri Doraemon tidak ada penamat kerana pelukis asalnya, Fujio F. Fujiko, telah meninggal dunia sebelum siri ini sempat dihabiskan.
Tuesday, August 28, 2012

5 Pulau Tebesar Di Malaysia

Assalamualaikum, maaf sebab KAMI dah lama tak update blog ni. Maklumlah masing-masing sibuk cuti raya. Apa-apa pun, KAMI ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin... Kepada anda yang teringin bercuti di dalam negara, KAMI cadangkan 5 pulau terbesar di Malaysia untuk anda lawati. 


1. PULAU BANGGI - SABAH




  • Merupakan pulau terbesar di Malaysia.
  • Terletak di bahagian Kudat dan mempunyai kawasan seluas 440.7 kilometer persegi
  • Penginapan yang disediakan murah dan mudah didapati.  
  • Panorama alam yang memukau sesiapa yang memandang. 


2. PULAU BRUIT - SARAWAK




  • Pulau kedua terbesar di Malaysia dan terletak di negeri Sarawak.
  • Mempunyai Sungai Rajang, yang juga sungai terpanjang di Malaysia.
  • Pulau ini terkenal dengan aktiviti tangkapan laut dan pertanian serta banyak ladang kelapa sawit ditanam di pulau ini.


3. PULAU LANGKAWI - KEDAH





  • Pulau ini dikenali sebagai pulau bebas cukai.
  • Jarak ke Tanah Besar adalah sejauh 30 kilometer.
  • Pulau ini sebahagian daripada negeri Kedah.
  • Pulau yang kaya dengan keindahan semulajadi dan lagenda masa silam.
  • Tampil sebagai salah satu daripada destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia.



4. PULAU PINANG - PULAU PINANG







  • Dikenali dengan nama Pulau Mutiara.
  • Pulau dengan populasi terpadat di Malaysia.
  •  Dipisahkan diantara Negeri Kedah di sebelah Utara dan Timur, Negeri Perak di sebelah Selatan dan Perairan Selat Melaka dan Sumatera (Indonesia) di sebelah Barat.
  • Pulau Pinang terdiri daripada bahagian pulau dan juga tanah besar yang dikenali sebagai Seberang Perai. 
  • Keluasan kawasan pulau adalah 285 km2 yang terpisah sepenuhnya daripada Seberang Perai.
  • Kedua-dua bahagian dihubungkan dengan perkhidmatan feri dan Jambatan Pulau Pinang yang panjangnya 13.5 km.


5. PULAU LAYANG-LAYANG - SABAH






  • Pulau Layang-Layang terletak 165 batu nautika dari barat laut Kota Kinabalu (dalam lingkungan 200 km zon eksklusif) di Laut China Selatan. 
  • Pulau ini timbul hampir 2000 meter dari dasar laut. Berukuran sepanjang 1.2 km dan selebar 200 meter. 
  • Pulau berbentuk bujur ini amat menarik dengan pelbagai pemandangan dasar laut yang mengagumkan, kepelbagaian batu karang dan ikan terumbu, termasuk haiwan laut dalam  yang menjadi daya tarikan kepada para penyelam.
Saturday, August 18, 2012

Asal Usul Kuala Lumpur

Assalamualaikum, untuk ruangan kali ini KAMI ingin bercerita sedikit mengenai asal usul Kuala Lumpur.
            Tahukah anda siapa tokoh besar yang telah menyumbang kepada kepesatan Kuala Lumpur pada akhir abad ke-19 dahulu? Tokoh yang disebut-sebut tidak lain dan tidak bukan Haji Abdullah Hukum, seorang pedagang dari Kerinchi, Sumatera.



                                                                                   
Sunday, July 22, 2012

Pengenalan Tamadun Melayu(2)

Apabila teknologi meriam semakin maju pada abad ke-14,seluruh dunia berlumba-lumba mendapatkan teknologi ini.Kerajaan-kerajaan Eropah,wilayah-wilayah bekas Empayar Abbasiah dan Turki uthmaniyyah,Emperium China dan kerajaan Ayutthia berusaha tidak ketinggalan dalam soal mengambil tahu atau memiliki meriam malah merekrut rakyat mereka mempelajari cara membuat meriam.

ADAKAH SULTAN-SULTAN MELAKA YANG MEMILIKI PELABUHAN PALING KAYA DI TIMUR MENJADI PEKAK,TULI,BUTA DAN BISU DENGAN PERKEMBANGAN INI?

Padahal raja-raja Melayu Brunei dan Sulu ketika itu sudah biasa bermain dengan pistol dan menjadi pengeluar meriam kecil terbaik dunia?Sebab itu Sepanyol gerun dan tidak mampu mencabut ‘kemelayuan’ mereka. Adakah para pedagang yang tiba di pelabuhan Melaka semuanya berpakat untuk menyorokkan berita-berita tentang meriam,istinggar (musket) dan ubat bedil?Adalah amat tidak logik jika Sultan Melaka yang pernah menakluk sebahagian Sumatera dan tanah semenanjung malah mengalahkan tentera Siam menggunakan keris dan lembing sahaja.

Tiada satu pun kerajaan yang boleh mengalahkan Melaka ketika itu KECUALI GABUNGAN TENTERA PORTUGIS,KERAJAAN-KERAJAAN KECIL DI SUMATERA DAN JAWA,ASKAR-ASKAR UPAHAN DARI GOA,JAWA DAN SIAM DITAMBAH DENGAN PEMBELOT DAN PENGKHIANAT DALAMAN DARI PARA PEDAGANG ASING DAN ORANG-ORANG MELAYU SENDIRI.
Saturday, July 21, 2012

Pengenalan Tamadun Melayu

Assalamualaikum rakan-rakan, alhamdulillah. Pada kali ini, kami ingin berkongsikan apa yang kami tahu dan kami perolehi, namun terpulang kepada diri anda sendiri untuk menerima ataupun menolaknya.

Sekian lama, kita telah diajar, dan dididik, sejak dari dalam perut sehingga kini, bangsa melayu ialah bangsa yang telah TEWAS kepada bangsa-bangsa BARAT disebabkan peralatan perang yang digunakan oleh pendatang barat jauh lebih maju dan moden jika dibandingkan dengan peralatan perang bangsa melayu yang begitu lemah seperti keris, tombak, sumpit dan lain-lain.

 Tetapi, benarkah apa yang telah kita terima selama ini? dan benarkah bangsa MELAYU yang suatu ketika dahulu dikenali sebagai salah satu kuasa besar dunia dan pengaruhnya meliputi hampir seluruh asia tenggara, hanya menggunakan keris, tombak dan sumpit untuk menakluk wilayah-wilayah tersebut?

 Atau, adakah terdapat fakta-fakta lain yang "terpaksa" disembunyikan demi menjaga kepentingan pihak tertentu? Bukan niat saya untuk menuduh, tetapi pelbagai kemusykilan dan keanehan yang telah kami dengar dan terima telah menyebabkan kami untuk berfikir secara rasional untuk mengkaji kemungkinan sebenar yang berlaku lebih 500 tahun yang lampau.

 Maaf sekiranya terdapat segelintir pihak yang tidak senang dengan isu yang kami ketengahkan, tetapi kami berpegang kepada pepatah melayu, Berani kerana benar, takut kerana salah.

Pendapat Sarjana Islam dan Barat mengenai tamadun

Post yang lepas kita telah membincangkan tentang Tamadun Dari Segi Bahasa.
Kali ini kami kupaskan pula pendapat para sarjana Islam dan Barat mengenai tamadun…


SARJANA ISLAM

IBN KHALDUN
- kemuncak pembangunan yang berkait dengan
peningkatan kemewahan,keindahan suasana dan minat kepada
pelbagai aspek industri.
- popular dengan istilah umran-hadarah

RASYID RIDHA
- agama asas tamadun dengan unsur spiritual
sebagai tonggak

SAID HAWA
- terbahagi dua, Islam dan Jahiliyah

SAYYID QUTB
- kemajuan berteraskan syariat Allah SWT
bercirikan nilai moral Islam

ABU NASIR AL-FARABI
- telah memperkenalkan istilah al-Madaniyah dalam abad ke-11 Masihi dalam kitabnya as-Siyasah al-Madaniyah. 
- diambil daripada akar kata Madinah iaitu negara Islam pertama yang diasaskan oleh Rasulullah s.a.w. - Madaniyah yang digambarkan oleh al-Farabi ialah pencapaian umat Islam di kota yang berasaskan wahyu iaitu akidah, syariat dan akhlak.

Tamadun Dari Segi Bahasa

Assalamualaikum, selamat menyambut hari pertama bulan Ramadhan. Kali ini, kami akan berkongsi sedikit mengenai konsep-konsep dan definisi tamadun dari segi bahasa.


Definisi: 
Mari kita teliti apa itu definisi @ maksud tamadun dari segi bahasa...

Bahasa Inggeris
* culture
* renaissance
* enlightment
* civilization

Bahasa Arab
* al-‘umran
* al-bunyan
* ath-thaqafah
* al-hadharah
* al-madaniyyah
* at-tamaddun

Bahasa Melayu
* kebudayaan
* peradaban
* tamadun
* madani


Thursday, July 5, 2012

Pengenalan

Assalamualaikum..

          Ape khabar kalian semua? Sihat? Alhamdullillah. KAMI harap semua sihat hendaknya ye...Hari ni dah masuk bulan baru, harap korang lebih bersemangat untuk belajar dan mengubah perangai dan tabiat-tabiat lama kepada yang lebih baik di bulan Julai ni. Pejam celik pejam celik, dah nak sampai ke bulan Ramadhan.

          Mungkin ramai yang tidak tahu atas sebab ape blog ni dicipta. Hehe, ok lah KAMI akan cerita serba sedikit ape yang berlaku.

Kami telah diberi tugasan oleh Puan Aisyah untuk membina satu blog perihal T.I.T.A.S => Tamadun Islam & Tamadun Asia @ Islamic & Asian Civilization.

          Disamping itu,blog ini dicipta bertujuan untuk memberi infomasi - informasi yang berguna kepada semua lapisan masyarakat tidak kira yang muda mahupun yang tua. Jadi diharap blog ini mendapat respon yang positif. Itu jelah serba sedikit yang Kami dapat share untuk kali ni. Hehe, nantikan post KAMI yang lebih DASYAT!!!

Ahli Kumpulan Kami :.

 => AROL * AIMAN * AFIQ * FAIZ * SHAZREEN <=

Sekian ..